Friday, May 16, 2014

TOPIK 10

Tajuk 10 - Ayat Bahasa Melayu
Ayat Bahasa Melayu

Ayat  dalam bahasa Melayu boleh terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008).
Ayat  terdiri daripada binaan klausa, frasa ,dan perkataan.
Kajian tentang ayat membuktikan bahawa  kepentingan klausa, frasa dan perkataan mempunyai  fungsi yang utama dalam pembentukan ayat.
Selain itu, ayat dasar atau ayat inti merupakan ayat yang terdiri daripada ayat penyata. Ini berbeza dengan ayat tunggal yang terdiri daripada ayat tanya, perintah dan seruan dan sebagainya.

 Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola ayat dasar, ayat tunggal dan tidak ketinggalan unsur  yang berkaitan dengan susunan klausa, frasa, dan perkataan  dalam ayat .

Ayat
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya  dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna. (Nik Safiah Karim et.al. 2008). Menurut Abdullah Hassan et.al (2006), ayat terdiri daripada perkataaan-perkataan yang disusun dalam susunan dan kelompok-kelompok tertentu. Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap. Susunan yang lengkap mempunyai makna yang lengkap. Setiap satu kelompok tersebut mengandungi sekurang-kurangnya dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek menyebut sesuatu perkara, seperti rumah, baju, kereta dan seumpamanya. Predikat pula menerangkan tentang perkara yang telah disebutkan dalam predikat iaitu menerangkan tentang rumah, baju,  kereta dan seumpamanya.
Contoh :
(1). Sekolah  di tepi laut.
Dalam ayat (1) sekolah terdiri daripada kelompok perkataan yang menjadi pokok perbincangan. Malah sebenarnya, sekolah ialah komponen subjek  ayat. Dalam kumpulan perkataan kedua, di tepi laut,menceritakan tentang subjek ayat.Maksud ayat tersebut ialah hal sebuah sekolah yang  terletak di tepi laut.      
(2) Rumah  langsir biru.
Dalam ayat (2) rumah  ialah kelompok perkataan yang menjadi subjek dalam ayat tersebut. Sementara, langsir biru yang tergolong dalam kelompok kedua ialah predikat bagi ayat tersebut yang menerangkan tentang keadaan rumah besar tersebut.

    Klausa
Klausa ialah satu rangkaian perkataaan yang mengandungi subjek dan predikat , yang menjadi konstituen dalam ayat. (Nik Safiah Karim et.al. 2008) Klausa tergolong kepada dua jenis iaitu:
(i) Klausa bebas
(ii) Klausa tak bebas
Klausa bebas ialah klausa yang terdiri daripada sekumpulan perkataan yang maknanya boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat lengkap apabila diujarkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa boleh diumpamakan ayat dalam ayat (Abdullah Hassan et.al 2006).
Contoh :
klausa 1 : Majid kaya (klausa bebas) 
klausa 2 : kerana cekap menguruskan perniagaan (klausa tak bebas)

Ayat sempurna:
klausa 1 + klausa 2 = Majid kaya kerana cekap menguruskan perniagaan.
Klausa  bebas juga disebut sebagai klausa utama.
Berdasarkan contoh :
Majid kaya            kerana cekap menguruskan perniagaan.
[klausa bebas]     [ klausa tak bebas]
[klausa utama]
Oleh itu, pembentukan klausa bebas adalah berdasarkan ciri klausa yang mampu mendokong makna lengkap serta mendokong ciri –ciri ayat yang sempurna.

 

  Frasa
            Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. (Nik Safiah karim, et.al 2008)  Frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan atau lebih (Abdullah Hassan et.al, (2006). Frasa ialah unsur terkecil dalam bidang sintaksis. Frasa digunakan bagi membina ayat. Dalam struktur binaan ayat, frasa didapati  merupakan unsur yang terletak di bawah klausa.
Contoh ayat : sehelai baju kurung di dalam almari. Ayat ini akan dipenggal sebahagiannya untuk melihat rumus struktur frasa.

Frasa
baju
sehelai baju
baju kurung
sehelai  baju kurung

Frasa di atas berasaskan satu binaan ayat  (FN+FS) :Sehelai baju kurung di dalam almari. Bentuk frasa satu perkataan ialah baju. Bentuk tersebut diperluas menjadi sehelai baju, baju kurung, sehelai  baju kurung, dan sebagainya.
Jadi, frasa yang asas iaitu baju kurung telah diperluaskan melalui pancangan ke dalam sebuah frasa yang lain  hingga terbentuknya frasa sehelai baju kurung.

 Perkataan
            Perkataan ialah konstituen kepada frasa. Perkataan adalah bentuk bahasa yang mengandungi makna atau fungsi nahu (Abdullah Hassan et.al , 2008)
Bentuk-bentuk perkataan seperti sekolah, baju, orang, kereta adalah perkataan yang mendokong makna tertentu.  Perkataan mempunyai beberapa golongan tertentu seperti kata  nama, kata kerja,   kata adjektif, kata sendi nama, kata hubung, kata tugas dan sebagainya.
Contoh:

kata nama: pelajar,  ayah, Seremban, taman
kata kerja : makan, tidur, melukis, menendang
Kata adjektif : kurus, pucat, gempal, tampan
kata sendi nama : di rumah, ke kedai, dari Johor, daripada besi

 Ayat Dasar
Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber atau dasar bagi pembentukan ayat-ayat lain berdasarkan rumus-rumus tatabahasa. Semua ayat yang terbina secara lengkap sebenarnya dapat dikesan dasar atau inti ayat yang menjadi landasan dalam sesuatu binaan ayat.
Ayat dasar mempunyai empat  pola asas iaitu:
Pola 1 : FN + FN
Pola 2 : FN + FK
Pola 3 : FN + FA
Pola 4 : FN + FS

Pola
Subjek
Predikat
Pola 1 (FN + FN)
Harun
pesilat amatur.
Pola 2 (FN + FK)
Jurulatih
sedang berehat.
Pola 3  (FN + FA)
Marlina
sungguh pandai
Pola 4 ( FN + FS)
Muzium
di Pusat Islam.

Komponen frasa boleh mengandungi satu perkataan atau lebih. Namun, binaan-binaan tersebut harus masih tergolong dalam bentuk frasa.



Contoh:

Pola
Subjek
Predikat
Pola 1 (FN + FN)
Harun
pesilat amatur negara.
Pola 2 (FN + FK)
Jurulatih
sedang berehat di bilik
Pola 3  (FN + FA)
Adik Marlina
sungguh pandai
Pola 4 ( FN + FS)
Muzium warisan
di Pusat Islam Kuala Lumpur.


  Ayat Tunggal
            Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal juga sebenarnya mempunyai satu klausa yang hadir mewakili satu subjek dan satu predikat tersebut. Ayat tunggal terbina daripada ayat dasar. Malah binaan ayat tunggal mempunyai persamaan dengan ayat dasar. Namun, yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar ialah ayat tunggal terdiri daripada ayat tanya, ayat perintah ayat seruan dan sebagainya. Sementara, ayat dasar  terdiri daripada ayat penyata.
Jelas bahawa ayat tunggal terbina secara mudah dengan hanya mempunyai konstituen satu subjek dan satu predikat.
Contoh:
Subjek
Predikat
(1).      Bapa saudara Ali
(2)      Peninju itu
(3)      Darwis
(4)      Wahab
pensyarah.
sangat tangkas.
membaca kitab jawi.
ke kedai runcit.
 Dalam proses binaan ayat tunggal ini , terdapat juga proses penyongsangan seperti predikat mendahului subjek seperti dalam ayat songsang.
Contoh:

(5) (a)  Mariam  ke pasar raya hari ini.
      (b)  Ke pasar raya Mariam  hari ini.
(6) (a)  Baju itu di dalam almari.
      (b)  Di dalam almari baju itu.
(7) (a)  Kuih itu dimakannya.
      (b)  Dimakannya kuih itu.
(8) (a)  Pokok kayu itu ditebangnya
       (b) Ditebangnya pokok kayu itu. 


TOPIK 9

FRASA SENDI NAMA BAHASA MELAYU

Binaan  Frasa Sendi Nama

      Frasa sendi nama    ialah frasa yang terdiri daripada kata sendi nama yang boleh bergabung dengan kata nama dalam membentuk kesatuan frasa.  Frasa sendi nama terbina daripada ayat yang mempunyai satu kata sendi nama dan satu frasa nama yag menjadi pelengkap dalam binaan frasa sendi nama itu.
 (Nik Safiah Karim et.al,2008)

        Frasa sendi nama pada asasnya terbina apabila sesuatu kata sendi diikuti oleh kata nama. (Abdullah Hassan et.al 2006).

     Antara kata sendi nama yang sering digunakan ayat ialah di, ke, dari, daripada ,kepada, pada, untuk, akan bagi, hingga,oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama juga boleh didahului oleh kata bantu sama ada kata bantu ragam atau kata bantu aspek.


1. Kata Sendi Nama + Frasa Nama

            Frasa  dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa sendi nama dengan pola kata sendi nama + frasa nama ( KN+ FN). Dalam hal ini, kata sendi nama hadir sebagai satu perkataan di hadapan suatu frasa nama.
Contoh:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Frasa Nama
di
ke
dari
daripada
kepada
untuk
dengan
sejak
tentang
sampai
bagi
gimnasium
sekolah
pusat tuisyen
aluminium
Tuan Jana Khatib
ibu
kemewahan
semalam
klorofil
siang
ayah

2.  Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama

            Frasa  sendi nama boleh wujud di hadapan frasa nama (didahului satu unsur kata nama arah). Selain itu, frasa sendi nama juga berpotensi untuk hadir  tanpa kata nama arah.
Frasa Sendi Nama

Kata Sendi Nama

Frasa Nama

Kata Nama Arah
Frasa Nama
(i) di
(i) di
(ii) ke
(ii) ke
(iii) dari
(iii) dari
dalam
-
dalam
-
belakang
-
takungan
takungan
kolam
kolam
pentas
pentas

3. Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Keterangan)

        Binaan frasa nama boleh juga terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh frasa nama dan keterangan. Kata nama arah dan keterangan boleh hadir dan boleh digugurkan mengikut kesesuaian ayat.
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama
Frasa Nama

Keterangan
Kata Nama Arah
Frasa Nama
(i)   di
   di
(ii)  ke
      ke
(iii) dari
      dari

atas
-
luar
-
bawah
-

pentas
pentas
garisan
garisan
rumah
rumah
pada saat itu.
-
dengan bergaya
-
dengan kayu
-


Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat

        Frasa sendi nama mempunyai fungsi dalam predikat sesuatu ayat. Dalam sesetengah ayat lain,  frasa sendi nama berfungsi sebagai unsur keterangan.

1. Predikat Frasa sendi Nama
Dalam susunan ayat biasa, frasa sendi nama hadir selepas subjek.
Contoh:
(1).  Ahmad ke sekolah setiap hari.
(2).  Kolam ikan di tepi taman.
(3).  Yushiro dari  bandar raya Tokyo.
(4).  Kerusi itu daripada kayu jati.
(5).  Hadiah ini untuk ibu Zarina.
(6).  Bahaman daripada keluarga seni.

2. Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan
Unsur keterangan dalam sesuatu ayat boleh diwakili oleh frasa sendi nama. Unsur keterangan ini pada asasnya bertindak menerangkan keperihalan maksud  predikat frasa kerja, frasa adjektif dan frasa nama. Namun, unsur keterangan ini boleh hadir secara pilihan mengikut kesesuaian konteks ayat berdasarkan rumus tatabahasa.

Contoh:
(i)  Keterangan bagi frasa kerja

Contoh:
 Budin meniup saksofon seperti pemuzik profesional. (keterangan bandingan)
 Dahlan memasak pada waktu petang(keterangan masa)
 Marini  berehat di tepi pantai.(keterangan tempat)
 Ayah berbincang tentang hal pertunangan.(keterangan hal)
 Sultan Mansur Syah hadir  dengan permaisurinya.(keterangan penyertaan)
 Anda wajar mengawal emosi demi kesejahteraan diri.(keterangan tujuan)
 Hang Tuah menikam lanun dengan keris.(keterangan cara)


(ii) Keterangan bagi frasa adjektif

Contoh :
John   segak  seperti  model. (keterangan bandingan)
Profesor itu cekap dalam bidang bioteknologi. (keterangan hal)
Dia rabun pada waktu malam.  (keterangan masa)
Kita harus pantas supaya tidak ketinggalan. (keterangan tujuan)

(iii) Keterangan bagi frasa namA

Contoh:
Bangunan di Kuala Lumpur sungguh tinggi. (keterangan tempat)
Batu permata itu adalah dari zaman Dinasti Ming (keterangan asal)
Ridwan sudah membeli songkok untuk majlis tersebut.(keterangan tujuan)
Keris itu  diperbuat daripada besi. (keterangan sumber) 
Lagu oleh Dato’ Mokhzani telah menarik perhatiannya. (keterangan pembuat)

Penggunaan Kata Sendi Nama

        Dalam penggunaan kata sendi nama dalam ayat, terdapat dua unsur kata sendi nama yang serupa boleh digabungkan dalam bentuk setara dengan menggunakan kata hubung dan, atau, tetapi.

Contoh:
Dia mundar-mandir di dalam dan di luar bangunan itu.
Zulfadli makan dengan adiknya atau dengan abangnya?
Pak Cik Ali bekerja bukan di kebun tetapi bekerja di pejabat peguam.
Nadia Chin Abdullah  bukan ke Australia tetapi ke Austria.

Dalam ayat di atas, frasa sendi nama dengan kata hubung dari  boleh digugurkan secara pilihan unsur kedua.

Ayat baharu setelah pengguguran kata sendi nama pada unsur kedua  ialah:
Dia mundar- mandir di dalam dan luar bangunan.
Zulfadli makan dengan adiknya atau abangnya?
Tuan  Haji  Ali bekerja bukan di kebun tetapi di pejabat peguam.
Nadia Chin Abdullah bukan ke Australia tetapi Austria.

Namun dalam beberapa keadaan, terdapat kata sendi yang boleh berfungsi sebagai kata bantu aspek. Ini berlaku pada perkataan ’akan’.

Contoh :
Diana akan ke Kuala Lumpur. (akan sebagai kata bantu aspek)
Diana sayang akan kucingnya. (akan sebagai kata sendi)


Namun, dalam perbincangan ini, perkara tersebut ditunjukkan sebagai contoh penggunaan kata sendi yang boleh hadir dalam keadan lebih daripada satu situasi. Keadaan ini dapat dipermudahkan dengan  melihat kedudukan dan fungsinya dalam ayat. Pada asasnya, frasa sendi boleh berfungsi sebagai predikat dan keterangan dalam ayat. 

TOPIK 8

Tajuk 8- Frasa Adjektif Bahasa Melayu
Frasa Adjektif Bahasa Melayu
Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Frasa adjektif dalam bahasa Melayu seterusnya mempunyai peranan yang besar dalam mengungkapkan kata sifat secara luaran dan dalaman berdasarkan konteks kata-kata adjektif tertentu  dalam binaan frasa dan ayat.  Hal yang demikian membuktikan bahawa  kepelbagaian elemen kata sifat atau kata adjektif memberikan impak dalam pembentukan frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat dan juga unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat.
Harus dijelaskan bahawa frasa adjektif mempunyai ketentuan sama ada boleh hadir selepas subjek sebagai predikat,  boleh hadir selepas kata kerja sebagai keterangan dan, boleh  hadir selepas frasa nama sebagai penerang. Dalam perbincangan ini, kita akan melihat pola-pola frasa adjektif yang berkaitan dengan susunan frasa dalam ayat  serta frasa adjektif dan ayat komplemen. Selain itu, unsur predikat  yang terdapat dalam frasa objektif dapat diikuti oleh ayat komplemen yang mewujudkan ayat majmuk.

Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Frasa adjektif   ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif  sebagai unsur intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.
Contoh :
 Frasa  Adjektif  Sebagai Predikat
            Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.
Contoh:
(1) . Stadium itu   sudah usang.
Dalam ayat (1) [stadium itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat,  [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur  berikut :
[kata bantu  +  kata adjektif]

Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut:
(1) (a) Sudah usang stadium itu. [predikat + subjek]
Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan.  
Contoh-contoh lain:
(2).     Kulitnya putih bersih. (susunan biasa)
(2) (a) Putih bersih kulitnya   (susunan songsang) [predikat + subjek]
(3).     Warna bola itu merah tua. (susunan biasa )
(3) (a)  Merah tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek]


Frasa  Adjektif    Sebagai Keterangan
            Frasa adjektif yang hadir selepas frasa kerja akan berfungsi sebagai keterangan. Hal yang demikian merupakan fungsi asas kata adjektif yang memerihalkan sifat dan adjektif bagi keterangan kata kerja.
Contoh:
Subjek
Predikat


(4). Amira
(5). Pelajar itu
(6). Air sungai  itu
(7). Pemuzik
(8).  Kucing itu
Frasa Kerja
Keterangan
 (Frasa Adjektif)
berenang
berpidato
mengalir
beraksi
berlari
sangat pantas.
lancar  sekali.
deras sekali.
hebat sekali.
laju.

 Frasa  Adjektif  Sebagai Penerang Kata Nama
            Frasa adjektif boleh hadir selepas kata nama dan frasa nama. Fungsinya ialah sebagai penerang kepada kata nama.
Frasa Nama
Kata Nama
Kata Adjektif
kereta
warna
baju
madu
pangkat
kain
benang
kelapa
pinang
kitab
besar
merah
kelabu
asli
tinggi
licin
kasar
muda
masak
tebal


     Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. Kesannya, ayat  tersebut akan menjadi ayat komplemen.
Contoh:
(9).      Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu.
(10).  Zulmazran Zulkifli  yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling.
(11).   Peserta kursus sedar bahawa mereka harus  tidur di khemah
           sementara.
(12).   Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya. 

TOPIK 7

FRASA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

Binaan Frasa Adjektif : Unsur Pengisi Frasa Adjektif
         Frasa adjektif   ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif  sebagai unsur intinya. Frasa adjektif  bertugas sebagai predikat dalam susunan ayat biasa. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada dihadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.

Contoh :
(1) . Wak Samad   sudah terlalu tua
Dalam ayat (1) [Wak Samad] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.

Dalam binaan predikat,  [sudah + terlalu + tua] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur  berikut :

[kata bantu  + penguat + kata adjektif]
 Unsur pengisi dalam frasa adjektif juga dapat dilihat dalam contoh-contoh di bawah:
Kata Bantu
Penguat
Kata Adjektif
Penguat
sudah
-
belum
masih
-
terlalu
sangat
-
terlalu
amat
tua
prihatin
masak
awal
baik
-
-
benar
-
-


Dalam contoh-contoh di atas, kata bantu boleh hadir bersama-sama penguat hadapan mendahului kata adjektif. Namun, penguat juga boleh hadir sama ada di belakang atau di belakang  kata adjektif. Bentuk sedemikian boleh berubah-ubah berdasarkan rumus tatabahasa dan pola dalam ayat berkaitan.


1. Binaan Kata Adjektif Satu Perkataan
Binaan jenis ini merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan satu kata adjektif dalam ayat.

Contoh:
Salim  sangat  rajin.
Guru pelatih itu  cergas
Dia kelihatan  ceria.
Penglihatannya  kabur.
Tanamannya  subur.

2. Binaan Kata Adjektif Dua  Perkataan
Binaan dua perkataan adjektif merupakan asas kepada pembentukan frasa adjektif yang menggunakan dua  kata adjektif dalam ayat
Pola binaannya boleh terdiri daripada yang berikut:

(i)  kata adjektif + kata adjektif (unsur keserasian makna)
contoh :
letih lesu
cantik molek
lemak manis
penat lelah

(i)  kata adjektif + kata adjektif (makna berlawanan)
contoh:
jatuh bangun
hidup mati
baik buruk
susah senang
pahit maung

Penguat
  • Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif  berdasarkan jenis-jenisnya. Terdapat tiga jenis penguat:
(i)   Penguat hadapan
(ii)  Penguat belakang
(iii) Penguat bebas

  • Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif.
  • Penguat hadapan  terdiri daripada kata terlalu dan paling.
Contoh:
Rumahnya  terlalu besar.
Lukisan  itu  paling cantik.

  • Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif sepertisekali, benar, nian
Pakaian puteri itu   cantik sekali.
Kereta lembu itu lambat benar.
Taman Bunga di istana itu indah nian.

  • Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh.
Kubah masjid itu  amat besar.
Gerakan dan gaya  pesilat Malaysia tangkas sungguh.

  • Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif.

 Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayat-ayat berikut:
Percakapan  orang tua itu sungguh amat  kasar .
Perangai  anaknya terlalu amat sopan.


Kata Bantu Dalam Frasa Adjektif
Kata bantu merupakan unsur yang boleh hadir dalam frasa adjektif. Ada kata bantu tertentu yang boleh hadir sebelum atau sesudah penguat. Frasa adjektif jelasnya boleh disertai oleh kata bantusudah, belum, masih, harus berdasarkan kesesuaian konteks ayat.

Contoh: 
Anaknya sudah besar.
Sayur-sayuran  dikebun itu  masih belum subur.
Pekerja yang berkualiti  harus  cekap.

Terdapat juga kata bantu yang boleh hadir sebelum atau selepas penguat, misalnya: masih amat jauh, belum terlalu lewat, belum sangat cekap, sungguh masih muda, sungguh telah pandai

Contoh:
Kedudukan khemah  itu   masih amat jauh.
Kehadiran pelajar itu belum terlalu lewat.
Pekerja baru itu   belum sangat   cekap.
Anak sulungnya itu   sungguh masih   muda.
Pelajar kelas  peralihan itu sungguh telah   pandai.